Resepi Mudah dan Ringkas

Ikan Tongkol Goreng Berlado

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah Masakan, KesukaranSederhana

Resepi ini sedap dimakan bersama nasi putih yang panas2….boeh juga digantikan dengan jenis ikan yang lain mengikut citarasa masing2 yer…selamat mencuba!!

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan15 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa50 minit
 1 ekor ikan tongkol/ikan aya saiz sederhana - dipotong beberapa bahagian
 10 - 15 biji cili merah - ditumbuk
 2 biji bawang besar - dihiris nipis
 1 batang serai - diketuk
 1/2 keping asam keping/asam gelugor
 minyak secukupnya untuk menumis
 garam dan gula secukupnya
 serbuk kunyit untuk menggoreng ikan
 sedikit cuka jika perlu
1

Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit serta garam.

2

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan. Angkat dan ketepikan.

3

Menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar yang dihiris nipis, cili merah yang ditumbuk serta serai yang diketuk dan tumiskan semua bahan tersebut bersama2 sehingga naik wangi dan masak.

4

Kemudian,masukkan asam keping, garam dan gula dan sedikit cuka jika perlu.

5

Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

6

Siap untuk dihidang....:)

Bahan-bahan

Cara-cara