kek-red-velvet-merah-cake
kek-red-velvet-merah-cake

Kek Red Velvet

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

Kek Red Velvet 0 5 0
  • Prep: 15 mins
  • Cook: 1 hr
  • 15 mins

    1 hr

    1 hr 15 mins

Bahan-Bahan

1 1/4 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam

1 sudu besar serbuk koko

1 sudu besar pewarna merah

60 gm butter tanpa garam

3/4 cawan gula

1 biji telur gred A

1/2 sudu kecil esen vanila

1/2 cwn susu segar +1/2 sudu jus lemon

1/2 sudu kecil cuka masakan

1/2 sudu kecil baking soda

Bahan Untuk Cream Cheese Topping :

250 gm cream cheese

4 sudu besar mentega

1/3 cwn gula icing - diayak

1 sudu kecil jus lemon

Cara-cara Menyediakan

Cara Menyediakan Kek Red Velvet :

1Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.

2Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste @ tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.

3Pukul mentega dan gula hingga lembut dan gebu dengan menggunakan mixer.

4Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.

5Masukkan esen vanila dan campuran serbuk koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.

6Masukkan tepung gandum berselang seli dengan campuran susu segar dan jus lemon.

7Mulakan dengan tepung gandum dan diakhiri dengan tepung gandum (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)

8Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.

9Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaulkan sempurna dengan sudu.

10Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6 inci yang telah disapu dengan mentega dan di alas dasarnya dengan kertas minyak. (letak dlm cupcake pun boleh)

11Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit – 1 jam atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan dahulu.

12Bahagikan kek kepada 2 atau 3 lapisan mengikut citarasa masing2.

13Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.

14Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese.

15Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.

Cara Menyediakan Cream Cheese Topping :

1Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.

2Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

00:00

3 comments

  1. nabihah berkata:

    kak, x pyh gne tpung kek ker?

  2. nabihah berkata:

    kak, x pyh gne tpung kek ker?just tepung gandum je?

  3. resepimudah berkata:

    resepi kek velvet ini tidak perlu tepung kek hanya tepung gandum (all-purpose flour)

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *