Resepi Mudah dan Ringkas

Udang Celup Tepung Ala Thai

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranSederhana

Resepi udang celup tepung yang mudah dan sedap dimakan sebagai snek minum petang bersama seisi keluarga.

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan10 minitMasa Memasak20 minitJumlah Masa30 minit
 20 - 30 ekor udang
 80 gram tepung gandum
 100 ml air
 1 sudu kecil baking powder
 sedikit garam
 sedikit kunyit utl warnakan kuning)
1

Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.

2

Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.

3

Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.

4

Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.

5

Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.

6

Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).

7

Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.

8

Bahagian ekor tidak perlu disalut tepung.

9

Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.

10

Angkat dan toskan.

11
12

Hidangkan bersama sos pencicah yg anda suka. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.

Tips :
Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....
Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat.

Sumber: denaihati network

Bahan-bahan

 20 - 30 ekor udang
 80 gram tepung gandum
 100 ml air
 1 sudu kecil baking powder
 sedikit garam
 sedikit kunyit utl warnakan kuning)

Cara-cara