Resepi Mudah dan Ringkas

Sup Daging Siam

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah Masakan

Hasil1 Hidangan

 1 kilo daging bercampur tulang lembu
 6 biji kentang - potong 4
 3 biji tomato - potong 4
 Jus perahan limau nipis secukupnya
 1 pokok daun sup
 Garam secukup rasa
 Air secukupnya
Bahan Tumis :
 3 sudu besar rempah sup
 2 biji bawang merah - dimayang halus
 1 biji bawang besar - dimayang halus
 3 ulas bawang putih - dimayang halus
 1 inci halia - dimayang halus
 1 inci lengkuas - dimayang halus
 2 batang serai dititik
 5 biji cili api-boleh tambah ikut citarasa masing2

1

Panaskan sedikit minyak dalam periuk.

2

Tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup .

3

Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .

4

Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih dan hingga daing empuk.

5

Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

6

Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang .

7

Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Bahan-bahan

Cara-cara