Sup Daging Siam

By Resepi Mudah      

December 6, 2018

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 1 hr 5 mins

Ingredients

1 kg daging - dibersihkan

3 biji buah pelaga

1/2 sudu teh serbuk ketumbar

1/2 sudu besar serbuk lada hitam

1/2 sudu besar serbuk lada putih

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga cengkih

1 biji tomato

5 tangkai cili padi

2 akar ketumbar - di ketuk

bawang goreng secukupnya

1 inci halia - di ketuk

2 biji limau nipis - ambil jusnya

1 labu bawang holland - di hiris kasar

1/2 sudu besar garam

2 liter air

1 batang celery - di potong pendek

Directions

1Rebuskan daging bersama sedikit garam sehingga empuk. Prose ini mengambil masa yang agak lama. Buang buih yang timbul dipermukaan periuk dengan sudu ketika proses merebus daging tersebut. Tambahkan air secukupnya jika daging masih belum empuk.

2Apabila daging separa empuk, masukkan buah pelaga, akar ketumbar, kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, lada hitam, lada putih dan serbuk ketumbar.

3Seterusnya apabila daging sudah empuk, masukkan bawang holland, batang celery dan tomato.

4Akhir sekali masukkan cili padi dan perasakan dengan garam secukup rasa.

5Masukkan sup kedalam mangkuk dan perahkan limau nipis ke dalamnya.

6Taburkan bawang goreng dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas/bihun/mee/kuew tiaw yang telah dicelur.

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.