Resepi Mudah dan Ringkas

Sup Cendawan Shitake

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranSederhana

Salam..
Bagi yang ingin berdiet dengan sihat.. Ni la resepinya..
Selamat mencuba..

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan15 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa50 minit

 200 gm cendawan shitake - dikukus dan dihiris nipis
 2 ulas bwang putih - dihiris
 4 biji bawang merah - dihiris
 1 helai daun bawang - dicincang
 1 biji bawang besar - dimayang
 375 ml susu segar
 1 liter stok ayam
 garam dan lada sulah secukupnya
 sedikit daun pasli - dicincang halus
 4 sudu besar minyak zaitun

1

Masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam kuali dan masukkan cendawan. Goreng hingga cendawan kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2

Panaskan lagi minyak zaitun dan tumiskan bawangputih, bawang besar, bawang besar serta daun bawang yang telah dicincang. Biarkan beberapa minit.

3

Kemudian, tuangkan stok ayam dan biarkan ia mendidih.

4

Masukkan cendawan dan biarkan hingga lembut.

5

Setelah itu, masukkan sup ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati dan gebu.

6

Seterusnya, masukkan pula ke dalam periuk dan tambahkan susu segar. Kacau hingga rata.

7

Tambahkan lada sulah dan garam secukupnya.

8

Angkat dan hidangkan.

Bahan-bahan

Cara-cara