Resepi Mudah dan Ringkas

Resepi Ikan Kembung

Penulis1stKategori

Jika teringin masak menu bergoreng, apa kata cubalah resepi ikan kembung goreng halia dan bawang putih ini. Selain rasanya yang enak, penggunaan halia dan bawang putih mampu menaikkan aroma sajian ini.

Hasil1 Hidangan

Bahan A:
 1 ekor ikan kembung - saiz besar
 Minyak - untuk mengoreng
 Serbuk kunyit
 Garam
 Sedikit tepung jagung
 
Bahan B:
 Segenggam halia muda - dimayang halus
 Segenggam cili padi - dipotong halus
 Segenggam bawang putih - mayang halus
 
Bahan C:
 3 sudu besar kicap cair
 1 sudu besar kicap pekat
 3 titik minyak bijan
 1 sudu besar sos ikan
 1 sudu kecil gula

1

Lumur ikan kembung dengan garam kunyit dan sebelum digoreng tabur tepung jagung.

2

Kemudian goreng ikan sehingga garing dengan minyak yang banyak.

3

Menggunakan minyak yang sama goreng Bahan B satu persatu sehingga garing dan kuning keemasan dan ketepikan.

4

Kurangkan minyak kepada 1 sudu besar dan masukkan Bahan C dan dimasak sehingga menggelegak dan ketepikan.

5

Letak ikan di tengah-tengah pinggan, taburkan Bahan B dan siram Bahan C apabila hendak dimakan.

6

Hias dengan daun ketumbar atau daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan

Bahan A:
 1 ekor ikan kembung - saiz besar
 Minyak - untuk mengoreng
 Serbuk kunyit
 Garam
 Sedikit tepung jagung
 
Bahan B:
 Segenggam halia muda - dimayang halus
 Segenggam cili padi - dipotong halus
 Segenggam bawang putih - mayang halus
 
Bahan C:
 3 sudu besar kicap cair
 1 sudu besar kicap pekat
 3 titik minyak bijan
 1 sudu besar sos ikan
 1 sudu kecil gula

Cara-cara