Resepi Mudah dan Ringkas

Rendang Ayam Cili Padi

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah Masakan

Hidangan melayu yang amat familiar ketika sambutan hari raya..kelihatan seperti mencabar tetapi sebenarnya sangat mudah!
Selamat mencuba ye!

Hasil1 Hidangan
 1/2 ekor ayam
 3 helai daun limau purut
 3 helai daun kunyit-hiris halus
 2 sudu kerisik
 400ml santan (kotak kecil) + 100ml air
 Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
 3 labu bawang besar ATAU
 12 biji bawang merah
 5 ulas bawang putih
 3 inci halia
 3 inci lengkuas
 2 inci kunyit hidup
 6-8 batang serai-hiris
 10-20 biji cili padi-ikutlah tahap kepedasan korang
 1/2 cawan cili kering kisar
1

Ayam dipotong ikut suka, dibasuh dan ditoskan. Ketepikan.

2

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau

3

Masukkan ayam dan gaul biar sebati dengan bahan kisar tadi.

4

Gunakan api sederhana. Biarkan hingga ayam kecut.

5

Masukkan santan, kerisik, asam gelugor dan daun limau purut.

6

Masukkan garam. Biar rendang mereneh hingga dapat kepekatan kuah yang diingini.

7

Masukkan daun kunyit. Rasakan garamnya. Kalau perlu masukkan sedikit gula. Tutup api.

8

Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau pun nasi impit.

Bahan-bahan

Cara-cara