Resepi Mudah dan Ringkas

Pucuk Ubi Masak Lemak

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah Masakan, , KesukaranPermulaan

Teringin nak merasa makanan kampung?? teringat masakan arwah nenek…bila cuti sekolah,abah selalu hantar kami 3 beradik ke rumah arwah nenek,pasti nenek akan hidangkan untuk kami masakan yang best2..salah satunya ialah pucuk ubi masak lemak ni..sgt2 merindui sebenarnya..Al Fatihah untuk arwah nenekku..

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan5 minitMasa Memasak15 minitJumlah Masa20 minit
 1/2 cawan santan pekat
 1 sudu besar udang kering
 Garam dan gula, secukupnya
 Daun pucuk ubi, secukupnya
 1 helai daun kunyit, saiz kecil dihiris halus
 1 biji cili merah, dihiris
 Air secukupnya
 1 batang serai, diketuk
 1 biji bawang besar - dikisar
 5 biji cili padi @ ikut kepedasan - dikisar
 1/2 inci kunyit hidup - dikisar
1

Panaskan minyak dalam periuk.

2

Masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan hingga naik wangi.

3

Kemudian,masukkan air serta bahan yang lain kecuali daun kunyit dan cili merah. Kacau rata.

4

Sesudah mendidih pekat (pucuk ubi agak lembut sedikit), matikan api dan taburkan hirisan daun kunyit serta cili merah.

5

Masukkan bahan perasa dan kacau sebati.

6

Siap untuk dihidang.

Bahan-bahan

Cara-cara