Resepi Mudah dan Ringkas

Penang Asam Laksa

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranSederhana
Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan10 minitMasa Memasak40 minitJumlah Masa50 minit
BAHAN-BAHAN KUAH :
 1 kg ikan kembong
 1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
 20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
 5 biji cili merah*
 6 biji bawang merah*
 1 biji bawang besar*
 1 batang serai, dihiris*
 1 cm lengkuas*
 30 g belacan* - *dikisar halus
 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
 1 cawan nenas yang didadu halus
 1 genggam daun pudina
 1 genggam daun kesom
 3 keping asam gelugor
 20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
 air secukupnya
 Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :
 Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
 Hirisan daun kesom
 Hirisan daun salad
 Hirisan daun selom
 Hirisan cili padi
 Hirisan timun - potong bentuk jejari halus
 Hirisan bawang besar
 Hirisan bunga kantan
 Belahan limau kasturi
 Petis secukupnya
UNTUK KUAH :
1

Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak.

2

Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya.

3

Kisar tulang-tulang ikan tadi dan tapis, ketepikan.

4

Ikan sardin, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi.

5

Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi.

6

Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya.

7

Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom.

8

Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit.

9

Tambah air jika perlu atau jika kuah terlalu pekat.

10

Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

11

Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK PENYEDIAAN :
12

Masukkan laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa tadi pastikan kacau dulu sebelum tuang secukupnya.

13

Hias dengan bahan-bahan lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera.

Bahan-bahan

Cara-cara