Resepi Mudah dan Ringkas

Pai Ayam Black Pepper

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranSederhana

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan20 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa55 minit

Bahan-bahan A:
 2 cawan tepung gandum1 sudu kecil garam
 5 sudu makan butter ( tidak masin)
 1 sudu makan cuka (jika suka)
 air ais
Bahan Inti Ayam (Bahan B):
 1 keping dada ayam (hiris kecil2)
 1 labu bawang besar (hiris dadu kasar sikit)
 3 ulas bawang putih ( cincang)
 5-6 biji cendawan shitake @ apa2 jenis pun boleh (hiris)
 1 1/2 sudu makan lada hitam tumbuk (jgn terlebih buboh nnti pahit pulak)
 2 batang lada merah (hiris)
 1 1/2 udu makan tepung gandum
 1/4 cawan air
 1/3 cawan susu @ santan
 1/2 sudu makan gula
 1/2 sudu makan serbuk pati ayam
 3 tangkai daun sadri/parsly cina (hiris)
 garam secukup rasa
 minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Bahan A (pastry):
1

Gaulkan tepung dengan garam dan masukkan butter dan gaulkan menjadi abuk roti.

2

Satukan 3 sdm air ais dengan cuka dan tuangkan kedalam adunan tepung dan gaul menjadi doh yang lembut .* Jika adunan nampak/rasa keras tambahkan air ais sedikit demi sediki dan uli sampai jadi doh lembut.

3

Seperti biasa balut dalam palstik dan simpan dalam peti sejuk.

4

INGAT: jgn over/terlebih menguli pulak

Cara Menyediakan Bahan B (inti):
5

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih, bawang layu masukkan ayam dan lada hitam. Kacaukan.

6

Masukkan air dan kesemua bahan lain, masakkan seketika agak pekat tutup api. Taburkan daun sadri/parsly cina. sejukkan.

7

* Jangan terlalu kering*

Cara-Cara Menyediakan Pai Ayam Black Pepper:
8

Canaikan pastry doh tadi kepada dua bahagian dan masukkan satu bahagian kedalam loyang yang digriskan. Masukkan inti.

9

Dan tutup permukaan dengan pastry yang satu lagi, kalau tutup penuh hendaklah dilubangkan/digores dengan pisau sedikit agar wap panas dapat tubik/keluar.

10

Sapukan atas pastry dengan telur. Kemudian bakar selama 50 minit atau masak (keperangan)

Bahan-bahan

Cara-cara