Resepi Mudah dan Ringkas

Nasi Minyak Terengganu Style

PenulisresepimudahKategoriKesukaranSederhana

Nasi minyak sesuai dijamu bersama lauk pauk seperti ayam gulai/ayam masak merah/Gulai Kawah bersama Acar Timun & Nenas

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan10 minitMasa Memasak30 minitJumlah Masa40 minit

 3 cawan beras biasa atau basmathi - ikut citarasa masing2
 3 1/2 cawan air
 1/2 cawan susu cair
 1 sudu kecil garam
 2 helai daun pandan - disimpul
 pewarna kuning atau mengikut citarasa masing2
Bahan Untuk Menumis :
 1 sudu besar minyak sapi
 2 sudu besar planta
 3 kuntum bunga cengkih
 3 biji buah pelaga
 2 kuntum bunga lawang
 1 inci kulit kayu manis
 1/2 inci halia - dimayang
 3 ulas bawang merah - dimayang
 1 ulas bawang putih - dimayang

1

Beras dicuci kemudian ditoskan.

2

Panaskan minyak sapi dan planta dalam periuk. Masukkan bahan tumis.

3

Goreng hingga naik bau / kekuningan.

4

Masukkan beras dan daun pandan, kacau rata.

5

Kemudian, masukkan pula air dan susu.

6

Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.

7

Kemudian gemburkan nasi guna garpu.

8

Sedia dihidangkan bersama lauk pauk.

Bahan-bahan

 3 cawan beras biasa atau basmathi - ikut citarasa masing2
 3 1/2 cawan air
 1/2 cawan susu cair
 1 sudu kecil garam
 2 helai daun pandan - disimpul
 pewarna kuning atau mengikut citarasa masing2
Bahan Untuk Menumis :
 1 sudu besar minyak sapi
 2 sudu besar planta
 3 kuntum bunga cengkih
 3 biji buah pelaga
 2 kuntum bunga lawang
 1 inci kulit kayu manis
 1/2 inci halia - dimayang
 3 ulas bawang merah - dimayang
 1 ulas bawang putih - dimayang

Cara-cara

1

Beras dicuci kemudian ditoskan.

2

Panaskan minyak sapi dan planta dalam periuk. Masukkan bahan tumis.

3

Goreng hingga naik bau / kekuningan.

4

Masukkan beras dan daun pandan, kacau rata.

5

Kemudian, masukkan pula air dan susu.

6

Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.

7

Kemudian gemburkan nasi guna garpu.

8

Sedia dihidangkan bersama lauk pauk.

Nasi Minyak Terengganu Style