Resepi Mudah dan Ringkas

Nasi Lemak Klasik

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranSederhana
Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan35 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa1 jam 10 minit
 3 cawan beras basmathi
 1 1/2 cawan santan pekat
 2 sudu teh minyak masak - utk mengelakkan beras melekat
 1 1/2 cawan air
 1 inci halia - dicincang
 1 biji bawang besar - dihiris halus
 2 helai daun pandan - disimpul
 1 batang serai - diketuk
 1 sudu teh halba
 garam dan gula secukupnya
BAHAN SAMBAL :
 100 gm cili kering - direbus dan dikisar
 60 gm bawang merah - dikisar
 30 gm bawang putih - dikisar
 30 gm belacan - bakar kering selama 15 minit
 50 ml air asam jawa - dicampur dengan air
 100 gm ikan bilis saiz sederhana
 100 gm bawang besar - dihiris
 garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN :
 5 biji telur gred A - direbus dan dibelah 2 bahagian
 1 biji timun - dihiris
 150 gm ikan bilis saiz sederhana - digoreng rangup
 150 gm kacang tanah - digoreng
 10 ekor ikan sepat masin - digoreng - optional jer..
 daun pisang secukupnya
Nasi Lemak ;
1

Basuh beras dengan air bersih dan toskan.Rendamkan dalam santan pekat selama 10 minit.

2

Masukkan 2 sudu teh minyak masak ke dalam rice cooker dan masukkan nasi bersama santan tadi.Gaulkan sebati.

3

Kemudian,masukkan air secukupnya ( 1 1/2 cawan ).

4

Masukkan pula halia,bawang merah serta daun pandan yang disimpul bersama serai yang diketuk.

5

Masak nasi seperti biasa sehingga 30 minit.

Sambal Tumis :
6

Bersihkan cili kering dan buangkan bijinya untuk mengelakkan sambal menjadi terlalu pedas – ikut citarasa masing2 la.. :-Kemudian,masukkan dalam periuk bersama air dan rebuskan cili kering hingga masak.

7

Kisarkan cili kering bersama bawang merah,bawang putih serta belacan dan air yg mencukupi dengan mesin pengisar hingga lumat.

8

Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau dan garing.

9

Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.

10

Barulah dimasukkan ikan bilis bersama bawang besar dan kacau lagi sebati.

11

Perasakan ia dengan garam dan gula.

CARA HIASAN :
12

Hidangkan nasi lemak anda dengan bahan hiasan spt yg telah disediakan

Bahan-bahan

Cara-cara