Resepi Mudah dan Ringkas

Nasi Kerabu

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranSederhana
Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan20 minitMasa Memasak35 minitJumlah Masa55 minit
Bahan Untuk Nasi :
 Beras
 Air secukupnya
 3 helai daun limau purut - dihiris nipis
 1 batang serai - dititik
 Air perahan bunga telang/pewarna biru
Bahan Untuk Sambal :
 3 ekor ikan selayang - rebus dan ambik isinya dan ditumbuk
 1/2 biji kelapa dimesin
 4 biji bawang merah - ditumbuk
 2 batang serai - ditumbuk
 Garam dan gula
Bahan Untuk Sambal Tumis :
 1 biji kelapa - ambil santan pekat
 7 biji bawang merah - dikisar
 1/2 ulas bawang putih - dikisar
 3 biji bawang besar - dikisar
 15 biji cili kering - direbus dan dikisar
 1 cm halia - dikisar
 1 batang serai -dititik
 1 keping asam keping
 Sedikit gula melaka
 2 sudu besar budu
 Garam dan gula
Cara Menyediakan Nasi Kerabu :
1

Basuh beras dengan bersih.

2

Masukkan air perahan bunga telang/pewarna biru dan tambahkan air masak mengikut sukatan beras masing2..dan kacau bagi rata warnanya.

3

Masukkan serai yang dihiris nipis serta hirisan daun limau purut.

4

Masak nasi seperti biasa.

Cara Menyediakan Sambal Tumis :
5

Panaskan minyak dalam kuali.

6

Masukkan bahan yang dikisar serta serai dan tumiskan hingga naik wangi.

7

Kemudian,masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

8

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

9

Masukkan asam keping, gula melaka,budu dan gula serta garam.

10

Masak sehingga pecah minyak.

Cara Menyediakan Sambal Ikan dan Kelapa :
11

Goreng kelapa mesin tanpa minyak hingga keperangan.

12

Kemudian,masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga rata.

13

Masukkan garam dan gula.

Cara Menyediakan Ulam Ulaman :
14

Kacang panjang – dihiris nipis

15

Kubis – dihiris

16

Timun – dihiris

17

Daun kesum – dihiris nipis

18

Bunga kantan – dihiris

19

Kacang botol – dihiris

20

Taugeh

Cara Hidangan :

Hidangkan nasi kerabu bersama sambal ikan dan kelapa,sambal tumis,ulam2an,lauk mengikut citarasa masing2 contoh daging bakar,ikan goreng celup tepung,ayam percik atau ayam bakar,
telur masin,solok lada,jeruk bawang,kerepok ikan..
Tuangkan sedikit budu dan sambal lada

Bahan-bahan

Bahan Untuk Nasi :
 Beras
 Air secukupnya
 3 helai daun limau purut - dihiris nipis
 1 batang serai - dititik
 Air perahan bunga telang/pewarna biru
Bahan Untuk Sambal :
 3 ekor ikan selayang - rebus dan ambik isinya dan ditumbuk
 1/2 biji kelapa dimesin
 4 biji bawang merah - ditumbuk
 2 batang serai - ditumbuk
 Garam dan gula
Bahan Untuk Sambal Tumis :
 1 biji kelapa - ambil santan pekat
 7 biji bawang merah - dikisar
 1/2 ulas bawang putih - dikisar
 3 biji bawang besar - dikisar
 15 biji cili kering - direbus dan dikisar
 1 cm halia - dikisar
 1 batang serai -dititik
 1 keping asam keping
 Sedikit gula melaka
 2 sudu besar budu
 Garam dan gula

Cara-cara