
2 biji pisang
100 gm tepung gandum
50 gm mentega - dicairkan
20 gm serbuk koko
50 gm gula
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
50 ml susu segar
1
Campurkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
2
Lenyekkan pisang di dalam mangkuk berasingan.
3
Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau.
4
Pukul telur hingga kembang.
5
Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
6
Selepas itu masukkan pula tepung dalam mangkuk berasingan tadi dan kacau.
7
Akhir sekali masukkan mentega yang dicairkan tadi. Kacau biar sebati.
8
Dengan menggunakan sudu, cedukkan ke dalam bekas acuan.Isikan dengan 2/3 penuh.
9
Bakar selama 25-30 minit dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius.
10
Siap untuk dihidang.
Bahan-bahan
2 biji pisang
100 gm tepung gandum
50 gm mentega - dicairkan
20 gm serbuk koko
50 gm gula
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
50 ml susu segar

