Resepi Mudah dan Ringkas

Mee Bandung

PenulisresepimudahKategoriMasakan, Kaedah Masakan, KesukaranPermulaan

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan5 minitMasa Memasak10 minitJumlah Masa15 minit

 1 bungkus mee kuning
 6 ekor udang basah
 2 ekor sotong
 50 gm udang kering - ditumbuk
 1/4 cawan kacang tanah goreng - ditumbuk
 Sedikit sayur sawi - dihiris
 Sedikit kobis - dihiris halus
 Sedikit hirisan daging - direbus
 Air rebusan daging @ 1 kiub pati ayam
 4 biji telur
 Gula dan garam secukup rasa
 Mee kuning - dicelur
 1 sudu besar tepung jagung
Bahan Kisar :
 1/2 biji bawang besar
 3 ulas bawang putih
 5 tangkai cili kering
Bahan Hiasan :
 Bawang goreng
 Hirisan cili merah
 Limau kasturi/limau nipis

1

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak.

2

Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.

3

Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong.

4

Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.

5

Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka.

6

Akhir sekali masukkan sawi,kobis serta tepung jagung. Kacau rata.

7

Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi.

8

Sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan

Cara-cara