
250 gm mentega
1 paket biskut marie - dipatahkan dan dikisar hancur
250 gm cream cheese
1 1/4 tin susu pekat
2 biji buah lemon - ambil jusnya
Buah lemon untuk hiasan
1
Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan.Kemudian,masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.
2
Selepas itu,masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.
3
Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut.
4
Biarkan sementara.
5
Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon.
6
Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.
7
Akhir sekali,masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.
8
Hiaskan dengan susunan buah lemon/parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.
9
Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam.
Bahan-bahan
250 gm mentega
1 paket biskut marie - dipatahkan dan dikisar hancur
250 gm cream cheese
1 1/4 tin susu pekat
2 biji buah lemon - ambil jusnya
Buah lemon untuk hiasan

