Resepi Mudah dan Ringkas

Kuih Kole Kacang

PenulisresepimudahKategoriMasakanKesukaranSukar
Hasil1 Hidangan
 1 cawan santan pekat
 1 cawan gula merah
 2 sudu besar gula pasir
 1 cawan air
 2 cawan santan
 1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
 Beberapa helai daun pandan disimpul
 Secubit garam
1

Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak,dengan api yang perlahan. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sudu besar lebihan minyaknya dalam kuali.

2

Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.

3

Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

4

Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

5

Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

Bahan-bahan

Cara-cara