Resepi Mudah dan Ringkas

Kek Lobak Special

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah Masakan

Teringin carrot cake kat secret recipe…huhu..ape kate jom cuba resepi nih..secret recipe dah jadi x secret daaaahhhh…

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan15 minitMasa Memasak50 minitJumlah Masa1 jam 5 minit
 6 cawan parutan lobak
 1 cawan gula perang
 1 cawan kismis - hitam dan kuning
 4 biji telur gred A
 1 1/2 cawan gula pasir
 1 cawan minyak sayuran
 2 sudu teh esen vanilla
 1 cawan nenas kiub - sy gunakan nenas dalam tin, keluarkan air dan sejatkan serta lenyekkan separa lumat.
 3 cawan tepung serbaguna
 1 1/2 sudu teh baking soda
 1 sudu teh garam
 4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
 1 cawan walnut - ditumbuk kasar
1

Satukan parutan lobak dan gula perang ke dalam mangkuk besar dan gaulkan hingga sebati. Ketepikan selama lebih kurang 1 jam. Setelah itu masukkan kismis dan kacau rata.

2

Panaskan ketuhar pada suhu 350F/175C.

3

Griskan dan masukkan sedikit tepung dan ratakan ke dalam loyang 10 inci.

4

Dalam mixer, pukul telur dan masukkan gula pasir, minyak sayuran serta esen vanilla. Setelah itu, masukkan nenas kiub yang telah dilenyek separa lumat tadi dan kacau lagi hingga rata.

5

Setelah itu, masukkan pula tepung serbaguna,baking soda,garam dan serbuk kulit kayu manis dan pukul lagi hingga keseluruhannya sebati.

6

Akhir sekali, masukkan parutan lobak tadi serta kacang walnut yang telah ditumbuk kasar. Kacau rata.

7

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan hentakkan sedikit loyang tersebut untuk mengelakkan udara masuk. Ratakan adunan ke seluruh permukaaan loyang.

8

Bakar adunan dalam ketuhar selama 40-45 minit. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.

9

Hiaskan mengikut citarasa masing2.

Bahan-bahan

Cara-cara