Resepi Mudah dan Ringkas

Kek Brownie Butter

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranSederhana
Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan20 minitMasa Memasak45 minitJumlah Masa1 jam 5 minit
Bahan Brownie :
 1/4 cawan mentega
 1/4 cawan gula perang
 140 gm coklat masakan
 1 biji telur gred A - dipukul
 1/4 cawan tepung serbaguna
Bahan Kek Butter :
 1/2 cawan mentega
 1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
 2 biji telur gred A
 1 cawan tepung serbaguna
 1/4 sudu teh baking powder
 50 ml susu segar
1

Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil.

2

Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.

Cara Membuat Brownie :
3

Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.

4

Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.

5

Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.

Cara Membuat Kek Butter :
6

Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia sebati.

7

Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar dan kacau lagi.

8

Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30 minit sehingga masak.

Bahan-bahan

Cara-cara