Masukkan cili merah, cili padi dan kunyit hidup ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga separa lumat.
2
Kemudian setelah separa lumat, masukkan tempoyak dan digaul sebati bersama. Ketepikan.
3
Panaskan air dalam periuk dan masukkan ikan dan kesemua bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
4
Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
5
Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak sekejap sahaja sehingga daun kesum layu dan bolehlah tutup api.
6
Siap untuk dihidang..:)
Sedikit Tips :
Kalau tempoyak anda kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
Ikan patin perlu dibasuh dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai. Maklumlah ada org x tahan dengan hanyir ikan sungai…
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak atau secukupnya ikut citarasa masing2