Resepi Mudah dan Ringkas

Ikan Kerapu Kukus

PenulisresepimudahKategoriMasakan, , Kaedah MasakanKesukaranPermulaan

Masakan ikan cara kukus yang mudah, sihat dan berkhasiat!

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan5 minitMasa Memasak10 minitJumlah Masa15 minit
 1 ekor ikan kerapu seberat 700 gram
 4 cm halia – hiris halus
 3 biji bawang putih – cincang
 1 sudu besar seasoning sauce Maggi
 1 sudu besar sos tiram Maggi
 ½ sudu besar Maggi® CukupRasa™
 2 sudu besar minyak
 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air
Bahan hiasan :
 5 biji cili padi cincang, hirisan daun ketumbar, hirisan lemon atau limau nipis dan hirisan daun bawang
1

Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Kemudian toskan hingga kering.

2

Isikan perut ikan dengan separuh daripada hirisan halia

3

Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan bubuh lebihan hirisan halia di atas ikan.

4

Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.

5

Kukus ikan selama 7 minit.

6

Sementara itu, goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan. Padamkan api dapur.

7

Tambahkan seasoning sauce, sos tiram dan bancuhan air tepung jagung ke dalam minyak bawang putih tadi dan gaul sebati.

8

Buka penutup pengukus dan tuangkan secara merata bahan sos. Tutup semula pengukus. Biarkan selama 3 minit.

9

Buka sekali lagi tutup pengukus dan taburkan perencah Maggi® CukupRasa™

10

Tutup periuk pengukus selama 1 minit lagi dan kemudian padamkan api dapur.

11

Hidangkan panas Ikan Kerapu Kukus dengan taburan daun bawang, hirisan cili padi dan daun ketumbar di atasnya.

12

Jika suka, boleh renjiskan jus limau nipis atau jus lemon di atasnya.

Sumber Asal: http://salamisimon1.blogspot.my/2016/05/ikan-kerapu-kukus.html

Bahan-bahan

 1 ekor ikan kerapu seberat 700 gram
 4 cm halia – hiris halus
 3 biji bawang putih – cincang
 1 sudu besar seasoning sauce Maggi
 1 sudu besar sos tiram Maggi
 ½ sudu besar Maggi® CukupRasa™
 2 sudu besar minyak
 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air
Bahan hiasan :
 5 biji cili padi cincang, hirisan daun ketumbar, hirisan lemon atau limau nipis dan hirisan daun bawang

Cara-cara