Resepi Mudah dan Ringkas

HomeMade Kaya

PenulisresepimudahKesukaranSukar

P/S : kalu kaya anda tidak mencapai tahap warna keemasan..boleh cuba tips ini…
– > masukkan 2 sudu gula dalam kuali dan panaskan hingga menjadi karamel dan karamel tadi dituangkan dalam adunan kaya tadi..kacau sebati

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan25 minitMasa Memasak55 minitJumlah Masa1 jam 20 minit
 3 biji telur gred AA
 2 kuning telur gred AA
 150 gm gula kastor
 250 ml santan pekat
 4 helai daun pandan - disimpul
1

Masukkan telur ke dalam mesin pengadun dan putar pada kelajuan perlahan,masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang.

2

Masukkan gula ke dalam mesin pengadun dan pukul lagi dan tambahkan santan dan pukul lagi sehingga semuanya sebati.

3

Kemudian,masukkan adunan tadi dalam bekas tahan haba ( sy masukkan dlm periuk yg sederhana ).

4

Masak adunan tersebut menggunakan kaedah double boiler – sy masukkan periuk sederhana tadi ke dalam periuk besar yg telah diisi air di dalamnya..kalau nk gunakan periuk pengukus pun boleh tp tak perlu tutup periuk tersebut

5

Masukkan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk sederhana dan teruskan mengacau menggunakan senduk kayu kira2 45 min hingga 50 minit tanpa henti sehinggalah adunan tersebut bertukar warna perang keemasan dan pekat.

6

Keluarkan daun pandan tadi dan sejukkan.Apabila telah sejuk simpan dalam balang kaca.

7

Boleh dihidangkan bersama roti bakar atau ikut selera masing2

Bahan-bahan

 3 biji telur gred AA
 2 kuning telur gred AA
 150 gm gula kastor
 250 ml santan pekat
 4 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara