Resepi Mudah dan Ringkas

Agar Agar Santan Gula Melaka

PenulisresepimudahKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranPermulaan

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan10 minitMasa Memasak40 minitJumlah Masa50 minit

 10 gram serbuk agar-agar
 1/2 liter air (2 cawan)
 250 ml santan pekat
 1 biji telur - masukkan dlm santan dan pukul sebati
 Secubit garam
Bahan Air Gula :
 1/2 liter air (2 cawan)
 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) - dipotong kecil
 1/4 cawan gula pasir
 2 helai daun pandan - disimpul

1

Masak gula melaka, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

2

Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.

3

Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan kacau sentiasa sehingga mendidih.

4

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga mendidih atas api sederhana.

5

Biarkan adunan mendidih selama 1 minit , pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

6

Basahkan loyang dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.

7

Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Bahan-bahan

Cara-cara