Anda tidak mempunyai idea nak masak hari ini? Anda boleh cuba resepi mee kari ayam special yang akan dikongsikan kali ini. Boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya memang banyak, termasuk bahan untuk taburan diatas hidangan atau hiasan.
Hasil8 HidanganMasa Penyediaan30 minitMasa Memasak30 minitJumlah Masa1 jam
Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2
Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3
Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4
Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Resepi Mee Kari Ayam yang memang sangat sedap dan dimasak menggunakan air rebusan udang. Kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari.