Rendang-Tok
Rendang-Tok

Rendang Tok

avatarOleh Resepi Mudah      

November 3, 2014

0.0 0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 40 mins
  • 15 mins

    40 mins

    55 mins

Bahan-Bahan

600 gm daging

3 sudu makan ketumbar-dikisar

3 sudu makan jintan manis-ditumbuk halus

3 sudu makan jintan putih-digoreng tanpa minyak

2 sudu makan lada hitam-dikisar

3 kuntum bunga lawang

11 kuntum bunga cengkih

2 batang serai-diketuk

250 gm gula melaka

1 biji kelapa-ambil santan

250 gm kerisik

1/2 biji isi kelapa-dihiris nipis dan digoreng

sedikit daun kunyit

minyak secukupnya

BAHAN DIKISAR :

10 tangkai cili kering

10 biji bawang merah

3 cm halia

3 cm lengkuas

Kaedah Penyediaan

Potong daging besar besar dan bersihkan..

Tos dan ketepikan

Ambil santan kelapa sebanyak 2 mangkuk besar

Panaskan kuali,tumis bahan bahan kisar sehingga naik bau.

Kemudian,masukkan santan,bunga cengkih,bunga lawang,isi kelapa yang telah dihiris dan digoreng beserta daging

Biarkan mendidih,masukkan gula melaka dan garam secukup rasa

Biarkan sehingga kuah menjadi pekat,masukkan kerisik dan kacau sebati…biarkan kuah kering

Akhir sekali,masukkan jintan manis dan jintan putih

Hidangkan bersama hirisan daun kunyit

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.