Nasi Minyak Terengganu Style

Oleh Resepi Mudah  

Oktober 22, 2014

Nasi minyak sesuai dijamu bersama lauk pauk seperti ayam gulai/ayam masak merah/Gulai Kawah bersama Acar Timun & Nenas

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 30 mins

Bahan-Bahan

3 cawan beras biasa atau basmathi - ikut citarasa masing2

3 1/2 cawan air

1/2 cawan susu cair

1 sudu kecil garam

2 helai daun pandan - disimpul

pewarna kuning atau mengikut citarasa masing2

Bahan Untuk Menumis :

1 sudu besar minyak sapi

2 sudu besar planta

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

1 inci kulit kayu manis

1/2 inci halia - dimayang

3 ulas bawang merah - dimayang

1 ulas bawang putih - dimayang

Cara-cara Menyediakan

1Beras dicuci kemudian ditoskan.

2Panaskan minyak sapi dan planta dalam periuk. Masukkan bahan tumis.

3Goreng hingga naik bau / kekuningan.

4Masukkan beras dan daun pandan, kacau rata.

5Kemudian, masukkan pula air dan susu.

6Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.

7Kemudian gemburkan nasi guna garpu.

8Sedia dihidangkan bersama lauk pauk.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *