index
index

Nasi Khao Mok (Thai Chicken Briyani)

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

Nasi Khao Mok (Thai Chicken Briyani) 0 5 0
  • Prep: 10 mins
  • Cook: 40 mins
  • 10 mins

    40 mins

    50 mins

Bahan-Bahan

6 ketul ayam - bahagian yg digemari

2 cawan beras basmathi - dibersihkan dan ditoskan

2 biji bawang besar - dihiris halus

3 ulas bawang putih - dihiris halus

1 sudu besar serbuk kari

1/2 sudu besar serbuk kunyit

1 batang kulit kayu manis

2 helai daun salam/bay leaf

1/4 cawan santan

2 kiub pati ayam

garam dan gula secukupnya

timun dan tomato sbg hiasan

BAHAN UNTUK SOS :

2 batang cili hijau - dihiris nipis

5 cm halia - dihiris nipis

1 genggam daun ketumbar - dicincang

3 biji bawang besar - dihiris nipis

1/3 cawan gula

1/3 cawan cuka masak

garam secukupnya

sedikit air suam

Cara-cara Menyediakan

1Ayam yang telah dibersihkan tadi digaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng hingga garing..Asingkan.

2Panaskan minyak dalam kuali.

3Masukkan kulit kayu manis, bawang besar,bawang putih yang telah dihiris halus dan tumiskan hingga naik bau.

4Masukkan pula beras yang telah dibersihkan tadi dan kacau rata.

5Kemudian,masukkan serbuk kari serta serbuk kunyit dan gaulkan rata.

6Satukan beras dan ayam yang telah digoreng tadi di dalam rice cooker.

7Masukkan kiub pati ayam,santan,daun salam,garam serta gula dan mulakan memasak nasi hingga masak.

8Hidangkan bersama sos,hirisan timun serta tomato

Cara Menyediakan Sos :

1Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk bersama air suam.

2Perasakan dengan gula dan garam

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *