murtabakmini
murtabakmini

Murtabak Mini

avatarOleh Resepi Mudah    , ,   ,

Mac 4, 2015

0.0 0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 5 mins
  • 15 mins

    5 mins

    20 mins

Full-screen

Bahan-Bahan

200 gm daging cincang/ayam cincang

2 sudu besar rempah kari daging

2 biji ubi kentang - dipotong berbentuk dadu

biji bawang besar - dipotong berbentuk dadu

2 ulas bawang putih - dipotong berbentuk dadu

minyak untuk menggoreng

1 sudu kecil garam

kulit popia secukupnya

3 biji telur

daun sup

Kaedah Penyediaan

UNTUK MEMBUAT INTI :

Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air dan tumiskan lagi sampai pecah minyak.

Masukkan pula daging cincang serta kentang.

Masukkan pula bahan perasa serta daun sup dan masak sehingga kentang empuk.

UNTUK MEMBUAT MURTABAK :

Telur dipukul dan dimasukkan bahan inti tadi dan dikacau sebati.

Ambil kulit popia dan bungkus bentuk segiempat.

Akhir sekali digoreng dengan minyak yang sedikit.

Siap untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.