macoroni-bakar
macoroni-bakar

Makaroni Bakar

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 5 mins
  • Memasak: 40 mins
  • 5 mins

    40 mins

    45 mins

Bahan-Bahan

2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)

500 gm daging kisar(cincang)

3 sudu rempah kari

5 biji bawang merah*

3 biji bawang putih*

1 sudu lada hitam*

1/2 inci halia*

Semua bahan bertanda * di tumbuk

Sedikit minyak jagung+sedikit mentega utk menumis

1 tin susu cair ideal+1 tin air

sedikit daun bawang/sup

sedikit bawang goreng

4biji telur - dipukul

Garam secukupnya

Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Kaedah Penyediaan

Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.

Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.

Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.

Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.

Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.

Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.

Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.

Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.

Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.

*Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.