Maggie Ketam

By Resepi Mudah      

Mei 26, 2017

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 10 mins

Ingredients

4 peket Maggie perisa kari

3 ekor ketam

2 ulas bawang putih di hiris

1 labu bawang merah besar di hiris

2 sudu besar rempah kari ikan (gaulkan dengan sedikit air dan jadikan pes)

2 pokok sayur sawi (asingkan batang dan daunnya)

2 sudu minyak untuk menumis.

Air secukupnya

Garam secukup rasa

Directions

1Tumiskan bawang putih dan merah yang dihiris sehingga wangi dan kekuningan.

2Tumiskan pes rempah kari bersama-sama dengan serbuk rempah maggie. Masakkan hingga terbit minyak.

3Bila dah wangi dan rempah dah masak, masukkan air sebanyak mana yang suka. Kalau suka pekat, ikut sukatan air di peket Maggie. Kalau nak cair sikit, lebihkan 1 atau 2 cawan air.

4Bila dah mendidih, masukkan batang sawi dan ketam. Masakkan dengan api perlahan selama 3-5 minit.

5Masukkan mee maggie dengan daun sawi. Besarkan sedikit api ke sederhana.

6Rasakan dengan garam jika perlu. Kalau pekat, lebih baik tak perlu masukkan garam sebab serbuk maggie tu dah cukup garamnya.

7Bila mee maggie dah lembut, tutup api dan hidangkan segera.

Sumber: Denaihati Network

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *