Lepat Pisang

By Resepi Mudah    , ,   

Oktober 30, 2014

  • Prep: 5 mins
  • Cook: 25 mins

Ingredients

2 cawan pisang berangan yang telah dilenyek

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan kelapa parut

4 sudu besar gula- ikut citarasa masing2

3 sudu besar pati santan

Secubit garam

Daun pisang secukupnya(layurkan, saya layur atas api dapur)

Directions

1Daun pisang yang telah dilayur, disapu dengan kain bersih, dan dipotong segiempat sama dan ketepikan.

2Pisang yang sudah dilenyek, dicampur dengan tepung, gula, kelapa parut, santan dan garam. Gaul rata.

3Kalau adunan agak keras, tambahkan sedikit pati santan dan kalau lembut tambahkan tepung. Bagi saya adunannya harus agak lembut sedikit. Kalau banyak tepung, nanti lepatnya keras dan kurang sedap.

4Ambil 1 ke 2 sudu besar, letakkan atas daun pisang dan bungkus serta lipatkan kedua2 hujungnya. Susunkan ke dalam pengukus.

5Panaskan periuk pengukus dan biarkan air mendidih.

6Kemudian kukuskan lepat selama 30 minit atau sehingga masak.

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *