kekkaramel
kekkaramel

Kek Karamel

avatarOleh Resepi Mudah      

Oktober 31, 2014

0.0 0
  • Prep: 30 mins
  • Cook: 1 hr
  • 30 mins

    1 hr

    1 hr 30 mins

Bahan-Bahan

Bahan A :

2 sudu gula pasir ditabur dlm loyang n masakkan atas api senderhana sampai keperangan(kekuningan) - asingkan

Bahan B :

3 biji kuning telur

1/2 tin susu cair

70 gm gula castur

1 sudu kecil esen vanila

Bahan C ( KEK ) :

3 biji kuning telur

70 gm gula castor

135 ml air

45 ml minyak masak/jagung

140 gm tepung naik sendiri (blue key)

kalau guna tepung gandum kena masukkan 1sudu kecil baking powder(ayak)

Bahan D :

6 biji putih telur

70 gm gula castor

1/2 sudu kecil cream of tartar

Cara-cara Menyediakan

Langkah 1 :

Masukkan susu cair serta gula castor dalam mangkuk dan kacau sehingga gula hancur.

Kuning telur dan esen vanila dipukul perlahan ( jangan sampai berbuih ) nanti xjadi karamelnya dan campurkan dalam acuan susu tadi

Kacau sebati dan tapiskan serta tuangkan dalam loyang yang telah tersedia gula hangus tadi..ketepikan.

Langkah 2 :

Masukkan kuning telur,air serta minyak dan pukul sampai kembang n putih.

Masukkan gula pukul lagi hingga naik sekali ganda.

Masukkan tepung naik sendiri dan kacau lagi dengan perlahan jer hingga sebati.

Ketepikan

Langkah 3 :

Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula serta cream of tartar..pukul laju sampai kental atau sehingga jadi maringue (bertanduk) bila diterbalikkan xjatuh..ketepikan.

Masukkan maringgue dlm adunan langkah 3 dan kacau secara kaup balik buat sampai maringue habis dan apabila dah sebati bahagikan kepada 2-3 bahagian ( bekas berlainan ) dan letakkan pewarna mengikut citarasa masing2.

Masukkan adunan ni dalam loyang karamel ( langkah 1 ) tadi secara selang seli sampai habis.

Bakar dalam ketuhar secara doubleboil selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius – guna api bawah jer…dan bila nak dekat masak ( 10 minit terakhir ) turunkan suhu pd 150 darjah celcius dan gunakan api atas bawah.

Bila siap masak biarkan dlm oven selama 10-15 minit dan barulah dikeluarkan.

Biar sampai sejuk baru kuarkan dari loyang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.

Facebook

Twitter