Daging Masak Sos Tiram

By Resepi Mudah      

April 15, 2015

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 25 mins

Ingredients

300 gm daging

3 biji bawang putih - dicincang halus

1 biji bawang besar - dimayang

1/2 inci halia - dihiris nipis

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1 biji cili merah dan hijau - dimayang

1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah

1 tangkai daun bawang

Air secukupnya

bahan perasa

Minyak untuk menumis

Directions

1Panaskan minyak dan goreng daging menggunakan api besar selama 3 ke 5 minit. Angkat daging dan toskan.

2Kemudian,tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.

3Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, daging, sos tiram, serbuk lada putih serta kicap dan gaulkan rata.

4Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.

5Setelah itu, masukkan bancuhan tepung jagung kacau seketika dan bolehlah diangkat.

6Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *