Daging Asam Pedas
Daging Asam Pedas

Daging Asam Pedas

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0 0
  • Sediaan: 20 mins
  • Memasak: 20 mins
  • 20 mins

    20 mins

    40 mins

Bahan-Bahan

1 kg daging

minyak masak secukupnya

5 gm halba campur

3 sudu besar air asam jawa

2 batang serai diketuk

2 kuntum bunga kantan

1 biji tomato dibelah 4

1 tangkai daun kesum dicincang

garam dan gula secukupnya

air secukupnya

BAHAN DIKISAR :

20 tangkai cili kering

5 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

10 cm halia

5 cm kunyit hidup

5 gm belacan

Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak dalam kuali.

Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumiskan hingga naik bau dan garing.

Masukkan pula halba campur,serai,daun kesum dan bunga kantan.

Kemudian,masukkan daging dan biarkan seketika sehingga daging empuk.Masukkan sedikit air jika terlalu kering.

Setelah daging empuk,masukkan air asam jawa serta bahan perasa.

Biarkan mendidih seketika.

Siap untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.