Choco Mousse Brownies

By Resepi Mudah      

Mei 12, 2017

Resepi Asal : PAGE FB Aneka Resepi Brownies

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 20 mins

Ingredients

Bahan untuk brownies

45 gm butter

65 gm gula halus

1 biji telur

50 gm tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu besar serbuk koko

Bahan untuk Chocolate Mousse

140 gm coklat masakan

1 sudu besar gelatin

100 ml air

2 biji telur putih

200 gm whipping cream

40 gm gula halus

Directions

Cara Menyediakan Brownies

1Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

2Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

3Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi.

4Kacau rata.

5Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

6Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Cara Menyediakan Choclate Mousse

1Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100 ml air.

2Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan tak larut sepenuhnya.

3Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

4Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi.

5Biarkan sehingga sejukkan.

6Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.

7Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh. Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

8Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

9Masukkan adunan no.5 dan no.2 ke dalam adunan no.4. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

10Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies.

11Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

12Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *