ayamungkep

Ayam Ungkep

avatarOleh Resepi Mudah      ,

April 16, 2015

Ayam Ungkep 0 5 0
  • Prep: 10 mins
  • Cook: 30 mins
  • 10 mins

    30 mins

    40 mins

ayamungkep

Cara-cara Menyediakan

1Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi.

2Masukkan serai, daun kunyit, serbuk jintan putih, manis dan ketumbar dan gaul hingga naik bau.

3Masukkan ayam dan kacau rata.

4Bila bahan2 sudah sebati, masukkan garam serta gula.

5Masukkan air dan asam keping.

6Tutup periuk dan biarkan reneh hingga ayam masak dan kuah sedikit pekat.

7Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan kentang yang telah digoreng.

8Kacau rata dan siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan

1 ekor ayam dipotong ikut suka digaul dengan air perahan limau nipis dan diperap dengan garam & serbuk perasa

3 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan manis

11/2 sudu besar serbuk jintan putih

2 batang serai - dititik

1 helai daun kunyit - dihiris kasar

2 biji kentang belah 4 bahagian dan digoreng

1 sudu besar gula

1 asam keping

1 biji bawang besar dihiris bulat

garam secukup rasa

air secukupnya

Bahan Dikisar :

2 biji bawang besar

4 biji bawang putih

1 inci kunyit hidup

00:00

0 Reviews

All fields are required to submit a review.

Facebook

Twitter