ayam-goreng-kunyit-mudah
ayam-goreng-kunyit-mudah

Ayam Goreng Kunyit

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 25 mins
  • 15 mins

    25 mins

    40 mins

Bahan-Bahan

4-5 keping dada ayam di potong kecil

3 batang kacang panjang di potong panjang

1 biji kuning telur.

1 sudu makan tepung gandum.

2 sudu makan Sos tiram

1/2 sudu kecil garam, perasa & gula

1/2 batang lobak merah dipotong kecil

1 biji bawang besar dipotong/mayang

3 ulas bawang putih di ketuk/dicincang

1-3 Lada merah & Hijau di mayang

Minyak masak secukupnya

Kaedah Penyediaan

Masukkan isi ayam, garam, kunyit, kuning telur dan tepung ke dalam bekas dan digaulkan sehingga sebati.

Kemudian panaskan minyak masak dan goreng semua bahan yang digaul tadi sehingga 90% masak atau hampir garing.Kemudian toskan ayam td. Jangan goreng terlalu lama kerana takut ayam tadi menjadi keras.

Keluarkan lebihan minyak tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang dan bahan2 lain.

Masukkan semua bahan2 lain untuk ditumis seperti bawang,lobak merah, kacang panjang, lada dan sos tiram.

Gaulkan dan ditumis sehingga naik bau.

Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan digaulkan sehingga sebati. Jangan goreng terlalu lama.

Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama nasi putih dan sup kosong. Selamat mencuba :>

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.