Agar Agar Santan Gula Melaka

By Resepi Mudah      

April 16, 2015

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 40 mins

Ingredients

10 gram serbuk agar-agar

1/2 liter air (2 cawan)

250 ml santan pekat

1 biji telur - masukkan dlm santan dan pukul sebati

Secubit garam

Bahan Air Gula :

1/2 liter air (2 cawan)

1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) - dipotong kecil

1/4 cawan gula pasir

2 helai daun pandan - disimpul

Directions

1Masak gula melaka, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

2Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.

3Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan kacau sentiasa sehingga mendidih.

4Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga mendidih atas api sederhana.

5Biarkan adunan mendidih selama 1 minit , pastikan adunan sentiasa dikacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

6Basahkan loyang dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.

7Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *