ACARBUAH
ACARBUAH

Acar Buah

avatarOleh Resepi Mudah    

Oktober 29, 2014

0.0 0
  • Prep: 10 mins
  • Cook: 10 mins
  • 10 mins

    10 mins

    20 mins

Bahan-Bahan

4 biji limau nipis/kasturi jeruk

10 biji belimbing buluh jeruk

20 biji cermai jeruk

5 biji mangga muda jeruk

1 cawan kismis

5 biji buah pala jeruk

1 mangkuk kecil halia jeruk

10 biji prune

250gm buah asam boi – warna merah

5 biji buah bidara jeruk

20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji

5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji

sedikit bijan goreng

1/2 botol kecil cuka putih

2 1/2 cawan gula

1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar

2 sudu serbuk ketumbar

1 sudu serbuk jintan manis

1 sudu serbuk jintan putih

sedikit bijan goreng

5 biji bawang merah dihiris

3 biji bawang putih, dihiris

1 cawan minyak untuk menumis

Cara-cara Menyediakan

Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi.

Kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka,bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah hingga pekat dan agak kering.

Akhir sekali, masukkan bijan goreng.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

p/s : biasenya acar ni tahanla utk 2 minggu….harap maklum

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.

Facebook

Twitter