Resepi Mudah dan Ringkas

Churros Rangup

PenulisShikin
RatingKesukaranPermulaan

Churros rangup sedap dimakan sebagai juadah petang hari.
Selamat mencuba!

ShareTweetSaveShare

Hasil1 Hidangan
Masa Penyediaan20 minitMasa Memasak15 minitJumlah Masa35 minit

 1 cawan Tepung gandum
 1 biji Telur
 1 cawan Air*
 1 sudu besar Mentega
 1 sudu besar Gula*
 1 sudu teh Esen vanila*
 1 cubit Garam*
 Minyak masak

1

Satukan bahan-bahan bertanda * dalam kuali (boleh guna kuali non stick). Buka api dan kacau sampai gula larut dan mentega cair.

2

Tutup api, masukkan tepung sedikit-sedikit sambil kacau dengan senduk.

3

Teus balik-balikkan tepung hingga doh yang lembut terhasil. Kalau doh berketul, tiada masalah.

4

Pukul telur sedikit dan tuang dalam doh. Uli doh. Jika doh masih panas, uli dengan senduk. Bila doh sudah sejuk sedikit dan boleh dipegang, uli dengan tangan sampai betul-betul sebati dan tidak ada lagi ketul-ketul tepung.

5

Masukkan doh dalam piping bag. Guna star nozle dan paipkan ke atas dulang yang dialas baking paper (bertujuan supaya tidak melekat).

6

Sementara paipkan Churros, boleh panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

7

Goreng churros sehingga keemasan.
Angkat dan sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih sedap kalau celup dalam sos coklat.

KategoriMasakanKaedah Masakan

Bahan-bahan

 1 cawan Tepung gandum
 1 biji Telur
 1 cawan Air*
 1 sudu besar Mentega
 1 sudu besar Gula*
 1 sudu teh Esen vanila*
 1 cubit Garam*
 Minyak masak

Cara-cara