Resepi Mudah dan Ringkas

Kuih Siput Sedap dan Mudah

Resepi kuih muih traditional melayu.


Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula (ikut citarasa kalau suka manis)
  • 150 ml air
  • 10 tangkai daun kari

Cara-cara Penyediaan:

  1. Cairkan marjerin kemudian sejukkan.
  2. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.
  3. Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.
  4. Masukkan hirisan daun kari.
  5. Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang utk elak doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan dia atas acuan kuih siput kemudian letak di atas dulang tadi.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
  9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

 

Kredit: Ummu Hana