Print Options:

Sup Tulang

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak40 minitJumlah Masa50 minit

 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
 3 biji bawang merah dimayang
 1 ulas bawang putih dimayang
 2 inci halia diketuk
 1 rempah sup bunjut @3 sudu besar rempah sup serbuk
 3 biji ubi kentang
 1 biji lobak dibelah4 bahagian dan dipotong memanjang..
 garam dan gula secukup rasa
 1 batang celery jika suka
 1 kiub pati ayam
 air secukupnya
 bawang goreng dan daun sup untuk hiasan
BAHAN UNTUK TUMIS :
 3 kuntum bunga cengkih
 3 biji buah pelaga
 1 btg kulit kayu manis
 1 kuntum bunga lawang
1

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk.

2

Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat.

3

Sebaiknya gunakan api yg sederhana. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

4

Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais.

5

Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang.

6

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang serta lobak. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan kiub pati ayam serta air perahan limau nipis utk rase masam2..

7

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

8

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk.

9

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.