Print Options:

Singgang Pedas Ikan versi Terengganu

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan5 minitMasa Memasak10 minitJumlah Masa15 minit

Resepi ikan singgang pedas versi Terengganu. Singgang pedas ikan kerisi. Resepi oleh Chef Hanieliza Kamarudin via MAHN

 4 ekor ikan kerisi
 5 biji cili api
 4 biji bawang merah
 3 biji bawang putih
 1 inci lengkuas
 ½ inci kunyit
 5 keping asam gelugor
 Garam secukup rasa
 2 kuntum bunga kantandibelah 2
 8 tangkai daun kesum
1

Bersihkan ikan, dibuang sisik dan kelarkan.

2

Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus semua bahan-bahan tadi.

3

Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

4

Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.

5

Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.

6

Tutup api dan sedia dihidangkan.

Nutrition Facts

Hidangan 1