Print Options:

Sambal Sotong

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak20 minitJumlah Masa30 minit

 1/2 kg sotong sederhana besar
 6 biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
 20 tangkai cili kering
 2 batang serai dititik
 3 biji bawang besar dimayang
 sedikit air asam jawa
 garam dan gula secukupnya..
1

Bersihkan sotong dan rebus dalam air mendidih selama beberapa minit..kemudian angkat dan toskan.

2

Tumiskan bawang merah dan bawang putih beserta cili kering yang telahpun dikisar tadi hingga naik bau.

3

Masukkan air asam jawa,garam,gula secukupnya.

4

Masukkan sotong yang telah direbus tadi dan kacau hingga sebati.

5

Siap untuk dihidang.