Print Options:

Sambal Ikan Bilis Tempoyak

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak25 minitJumlah Masa35 minit

 4 genggam ikan bilis mata biru
 2 genggam cili api merah
 2 biji cili merah besar*
 3 ulas bawang merah*
 1/2 inci kunyit hidup*
 4 helai daun kunyit dihiris halus
 garam dan gula secukupnya
 4 batang serai dititik
 10 sudu tempoyak
 petai secukupnya
1

Tumbuk bahan2 bertanda (*)

2

Panaskan 1 cawan minyak.. goreng ikan bilis hingga agak layu sahaja..

3

Masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..

4

Masukkan pula serai dan tempoyak,petai dan sedikit air..

5

Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.

6

Akhir sekali masukkan daun kunyit