Resepi roti bun berinti sardin yang sedap dan mudah disediakan.

Masak inti dahulu. Panaskan minyak & tumis bawang holland cincang. Masukan cili kisar hingga garing. Tambah sardin lenyek tanpa sos. Tambah garam/gula & masak hingga kering. Sejukkan

Bancuh yis dengan 1/4 caaan air & 2 sudu gula. Biar 10 minit hingga berbuih. (Jika tidak berbuih, mungkin yis sudah mati & sila ganti yis baru)
Gaul tepung dengan susu, marjerin, garam & masukkan bancuhan yis
Tambah air sikit demi sikit sambil diuli hingga lembut. Lebih kurang 1/2 jam
Rehatkan doh 20 minit

Bulat-bulatkan dough sebesar bola pingpong & sikan setiap bebola dengan inti sardin

Susun dalam tray & biar dough naik selama 1/2 jam

Panaskan oven 180° selama 10 minit & masukkan tray roti & bake lebih kurang 20 minit
Bila masak angkat & sapu butter pada permukaan roti.. Biar sejuk...

0 hidangan