Resepi Mudah dan Ringkas

Resepi Pulut Kuning

Penulis1stKategoriMasakanKaedah MasakanKesukaranPermulaan

Resepi pulut kuning yang tak susah sangat untuk dimasak. Kunci utama kesedapannya ialah gunakan santan pekat yang segar dan bancuh bersama garam sehingga masin dan bangkit lemaknya.

Hasil5 Hidangan
Masa Penyediaan15 minitMasa Memasak30 minitJumlah Masa45 minit
 500 gm beras pulut
 1 keping asam keping
 1 inc kunyit hidup – di tumbuk dan tapis air
 1 sudu besar kunyit serbuk
 1/2 sudu besar gula
 1 sudu kecil garam
 1 cawan santan pekat
 pewarna kuning
 sedikit minyak masak
1

Basuh beras pulut dengan air dan toskan.

2

Masukkan air kunyit hidup dan pewarna kuning. Kacau hingga rata.

3

Masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1-2 jam.

4

Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam pengukus yang telah dilapik daun pisang dasarnya. Kukus hingga naik wap dari tepi periuk kukusan.

5

Angkat pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar.

6

Tuangkan santan yang telah digaul dengan garam pada pulut kuning yang di dalam mangkuk. Gaul hingga santan dan pulut rata.

7

Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan. Kukus hingga naik wap lagi.

8

Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk besar.

9

Taburkan gula dan kacau hingga rata dan warna pulut bersinar.

Resepi Pulut Kuning saya lawankan dengan telur dadar nipis. Telur dadar nipis saya gulung dan hiris nipis.

Bahan-bahan

 500 gm beras pulut
 1 keping asam keping
 1 inc kunyit hidup – di tumbuk dan tapis air
 1 sudu besar kunyit serbuk
 1/2 sudu besar gula
 1 sudu kecil garam
 1 cawan santan pekat
 pewarna kuning
 sedikit minyak masak

Cara-cara