Print Options:

Resepi Kupang Masak Pedas Berapi

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak10 minitJumlah Masa25 minit

Resepi mudah kupang masak merah / pedas

 Tiga genggam isi kupang yang telah dikeluarkan dari cangkerangnya setelah direbus dan dipotong bulu dalam kupang
 Dua biji bawang merah saiz pingpong
 Halia 1/2 saiz ibu jari
 2 ulas bawang putih
 3 batang cili merah besar
 10 batang cili hijau kecil
 1 sudu makan cili kisar
 Sedikit kicap
 Garam perisa dan gula
1

Panaskan sedikit sahaja minyak, masukkan cili merah besar yang dipotong kasar, masukkan juga cili hijau sehingga layu. Angkat toskan letak tepi.

2

Tumbuk juga bawang merah 1 1/2 biji, bawang putih dan halia.

3

Dengan guna sedikit minyak baru atau lebihan minyak tadi tumis semua bahan yang telah ditumbuk.

4

Tunggu sehingga bawang naik bau, masukkan sesudu makan cili kisar.

5

Tumiskan sehingga pecah minyak masukkan kupang.

6

Lebihan bawang merah sebahagian lagi tadi dihiris dan dimasukkan dalam sambal.

7

Kacau sebati, masukkan sedikit kicap dan perasakan garam, ajinomoto dan sdikit gula.

8

Selamat mencuba sahabat