Print Options:

Resepi Ketam Pong Kari

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan5 minitMasa Memasak10 minitJumlah Masa15 minit

Assalamualaikum dan Hi semua!
Ini adalah resepi yang special dari thailand.
Jom cuba!

Bahan A :
 3 ekor ketam dibelah dua.
 2 biji bawang besar - dimayang
 2 biji lada besar - dimayang
 Daun bawang dan daun sup - dihiris halus
Bahan B :
 3 biji telur
 1 cawan susu cair
 3 sudu besar serbuk kari
 Gula dan garam secukupnya
 2 sudu besar sos tiram
 3 sudu besar kicap nam pla
 1 sudu besar pes tomyam beserta minyak
 (semua bahan B dimasukkan dalam mangkuk dan kacau sebati)
1

Panaskan kuali, masukkan minyak.

2

Tumiskan bawang putih yang ditumbuk sehingga garing.

3

Perlahankan api, masukkan ketam serta taburkan 1 sudu rempah kari dan kacau perlahan-lahan.

4

Tutup kuali dengan penutup sementara ketam masak.

5

Selepas itu, masukkan pula bahan B yang telah dikacau sebati. Gaulkan kesemuanya sehingga kuah menjadi pekat.

6

Kemudian, masukkkan bawang besar dan lada besar yang telah dimayang dan gaulkan lagi.

7

Akhir sekali, taburkan daun sup serta daun bawang yang dihiris halus.

8

Boleh dihidangkan bersama nasi panas2...